🌸 MAJLIS SAMBUTAN PENGETUA SMK SUBANG 🌸
7 Julai 2026 | Selasa
📍 Dewan MPC, SMK Subang
Warga SMK Subang dengan penuh rasa hormat dan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Puan Laila Binti Omar sebagai Pengetua SMK Subang.
Majlis sambutan yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni ini menjadi simbol permulaan kepada sebuah perjalanan baharu dalam meneruskan kecemerlangan sekolah. Semoga kepimpinan beliau dapat membawa inspirasi, memperkukuh semangat kebersamaan serta memacu SMK Subang ke arah pencapaian yang lebih gemilang.
Selamat datang dan selamat menjalankan amanah kepada Puan Laila Binti Omar. Semoga dipermudahkan segala urusan dan terus cemerlang dalam memimpin warga SMK Subang.
"Bersama Melakar Kecemerlangan, Menggapai Kegemilangan."
#SMKSubang #MajlisSambutanPengetua #SelamatDatangPengetua #WargaSMKSubang #MalaysiaMADANI #PendidikanBerkualiti





