Showing posts with label GAJI GURU. Show all posts
Showing posts with label GAJI GURU. Show all posts

Wednesday, September 21, 2022

PENAMBAHBAIKAN SISTEM ePENYATA GAJI & LAPORAN (eSPGL)

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


YBhg Datuk/Dato'/Tuan/Puan,


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin memaklumkan eSPGL mula boleh dicapai dengan ciri keselamatan baharu berikut:

PENAMBAHBAIKAN SISTEM ePENYATA GAJI & LAPORAN (eSPGL)

1. Semua Pengguna perlu menetapkan kata laluan baharu sebaik sahaja Daftar Masuk ke dalam sistem.

2. Penggunaan kriteria keselamatan baharu kata laluan.

3. Memperkenalkan penggunaan captcha bagi kemudahan Lupa Kata Laluan.

4. Watermark baharu untuk penyata gaji bulanan.

5. Sekatan Login bagi pengguna yang gagal lebih daripada tiga (3) cubaan. Klik Lupa Kata Laluan sekiranya akaun pengguna telah disekat.

6. Sekiranya tidak terima kata laluan sementara semasa tukar kata laluan dilaksanakan, emelkan ke epayslip@anm.gov.my

7. ePayslip JANM Mobile dengan ciri kawalan keselamatan terkini dijangka boleh digunakan bermula Disember 2022.

3. Jika terdapat sebarang pertanyaan,  YBhg Datuk/Dato'/Tuan/Puan boleh emelkan ke epayslip@anm.gov.my Bersama ini juga dipanjangkan slide untuk rujukan PTJ selanjutnya.


Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN AKAUN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LADAP GURU PINTAR AI:TRANSFORMASI PDP ERA DIGITAL

  LADAP GURU PINTAR AI:TRANSFORMASI  PDP ERA DIGITAL 26 SEPTEMBER 2026 8.00PAGI-1.00 T/HARI DEWAN IBNU SINAR SMK SUBANG