*PENGESAHAN MAKLUMAT GURU DAN AKP SERTA PENGESAHAN OLEH PENGETUA/GURU BESAR DALAM E-OPERASI BAGI SESI JULAI 2021*
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan,
Untuk makluman, *Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM* telah mengosongkan bahagian pengesahan maklumat guru pada menu Maklumat Peribadi dalam e-Operasi.
Justeru, semua guru dan AKP di sekolah diminta untuk menyemak dan memastikan semua maklumat dalam e-Operasi adalah benar, tepat dan terkini berdasarkan *Surat Penetapan Prosedur Pengemaskinian dan Verifikasi Data Guru Dalam Modul Pengurusan Guru (e-Operasi) Bagi Tahun 2021* yang bertarikh *3 Februari 2021* yang telah dipanjangkan oleh JPN kepada PPD melalui surat bertarikh *11 Feb 2021* sebelum mengesahkan maklumat mereka.
Untuk semakan dan pengesahan bulan Julai ini dicadangkan supaya memberi lebih perhatian kepada ;
1. *Maklumat Sejarah Perkhidmatan* (kerana ada maklumat yang dinyatakan tidak lengkap)
2. *Sejarah Pengalaman Mengajar.*
3. Maklumat perubahan GRED Jawatan.
Semua Guru/AKP diminta menyelesaikan proses pengesahan data masing2 sebelum atau selewat-lewatnya *15 Julai 2021*.
Kerjasama dan tindakan tuan amat diharapkan dan dihargai.
Sekian, terima kasih.
*"JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR TERBILANG"*
*“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”*
*“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”*
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
** Tambahan
UNTUK MAKLUMAN SEMUA GURU:
1) EJAAN NAMA GURU DALAM EOPERASI PERLU SAMA DENGAN KAD PENGENALAN GURU
2) MAKLUMAT PERKHIDMATAN
Tarikh Lantikan Jawatan Semasa = tarikh lantik jawatan sebagai Guru Akademik Biasa/GKMP/Penolong Kanan/Pengetua (bergantung kepada jawatan semasa) ikut surat lantikan.
Tarikh Kenaikan Pangkat Semasa = tarikh masuk/naik gred terkini-ikut surat