Showing posts with label KEBAJIKAN GURU. Show all posts
Showing posts with label KEBAJIKAN GURU. Show all posts

Monday, September 27, 2021

YAYASAN GURU TUN HUSSEIN ONN (YGTHO) - KEBAJIKAN GURU (KHAIRAT KEMATIAN/ BANTUAN GUAMAN/ PENYAKIT KRITIKAL DLL)

 Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) adalah badan berkanun dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. YGTHO menyediakan kemudahan kebajikan guru yang sedang berkhidmat di Perkhidmatan Kerajaan. Semua guru adalah AHLI SECARA AUTOMATIK tanpa perlu membuat sebarang pembayaran. Antara kebajikan guru yang disediakan adalah seperti berikut: 


1. Khairat Kematian untuk Guru-Guru yang sedang berkhidmat sebanyak RM 1,000.


2. Sumbangan kepada Guru-Guru yang menghidap penyakit kritikal.


3. Biro Bantuan Guaman (PERCUMA)


NOTA: TIADA SEBARANG BAYARAN AKAN DIKENAKAN. TIADA BAYARAN KEAHLIAN. SEMUA PERKHIDMATAN ADALAH PERCUMA KHAS UNTUK GURU_GURU PERKHIDMATAN AWAM YANG SEDANG BERKHIDMAT.


SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI :


TELEFON PEJABAT : 03-22746037

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF : 010-2213241


ALAMAT :


TINGKAT 10, WISMA KWSG

JALAN KAMPUNG  ATTAP

50460 KUALA LUMPUR


NOTA PENTING:


MOHON DIPANJANGKAN MAKLUMAT INI UNTUK PENGETAHUAN GURU-GURU PERKHIDMATAN AWAM YANG SEDANG BERKHIDMAT AGAR SEMUA AKTIVITI KEBAJIKAN YANG DISEDIAKAN OLEH YAYASAN GURU TUN HUSSEIN ONN DAPAT DINIKMATI SEPENUHNYA OLEH SEMUA GURU


 https://www.facebook.com/pages/category/Government-Organization/Yayasan-Guru-Tun-Hussein-Onn-189538851646599/posts/

Monday, July 26, 2021

Selamat Datang๐ŸŒนGuru Baharu

 Selamat datang kepada semua guru yang baru melaporkan diri

1) Cikgu Noorsyakizah Binti Hishak (opsyen PSV) dari SMK TTDI KL

2) Pn Sharimah Jarail ( Opsyen B.Inggeris)

3) Pn Khairul Nina Musa (Opsyen B. Inggeris) dari SMK Bandar Seri Putra, Bangi

Thursday, July 15, 2021

GARIS PANDUAN PROSES LAPOR DIRI PENEMPATAN PERTUKARAN GURU KE NEGERI SELANGOR SESI 26 JULA

*GARIS PANDUAN PROSES LAPOR DIRI PENEMPATAN PERTUKARAN GURU KE NEGERI SELANGOR SESI 26 JULAI 2021* ๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน


Berdasarkan pemakluman terkini berdasarkan situasi pendemik COVID-19, Negeri Selangor telah dikenakan *Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)* bermula *3 Julai 2021 (Sabtu)*. Oleh yang demikian, proses penempatan pertukaran guru masuk ke negeri Selangor adalah seperti berikut:


1.  Mod utama *LAPOR DIRI* ke sekolah dalam tempoh *Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)* adalah secara *DALAM TALIAN ( MELALUI GMEET-Video Conferencing / PANGGILAN TELEFON) DAN E-MEL*. 


2.  Guru perlu *dapatkan kebenaran daripada PDRM* untuk rentas negeri bagi memenuhi keperluan untuk berada di stesen yang baharu. Sebarang pindaan atau perubahan adalah di bawah bidang kuasa PDRM. Oleh yang demikian, *sebarang risiko yang diambil adalah di luar bidang kuasa atau tanggungjawab JPN / PPD*.


3.  Guru-guru dikehendaki *menghubungi Ketua Jabatan / Pengetua sekolah baharu* untuk memaklumkan bahawa guru lapor diri pada *26 JULAI 2021*.


4.  Guru-guru hendaklah melaporkan kepada *KETUA JABATAN /PENGETUA* keberadaan guru sama ada berada *DI STESEN / LUAR STESEN* bagi tujuan rekod dan maklumat sehingga tempoh *PKPD TAMAT*.


5.  *KETUA JABATAN /PENGETUA* bertanggungjawab akan *KEBERADAAN GURU*. Oleh yang demikian, sekiranya guru berada di *LUAR STESEN, KETUA JABATAN / PENGETUA* hendaklah mengeluarkan surat pemakluman kepada guru terbabit untuk *KEMBALI KE STESEN* setelah tamat tempoh PKPD. (Sebarang pindaan tertakluk kepada arahan dari semasa ke semasa).


6.  Sebarang pergerakan guru hendaklah *mematuhi segala peraturan dan pemakluman Majlis Keselamatan Negara (MKN)*. 


7.  Pengetua hendaklah membuat *Pengesahan Lapor Diri Guru Pertukaran di dalam MPG-2 (eOperasi)* bermula *26 Julai 2021* menandakan guru telah mendaftar dan boleh *diberikan tugasan untuk menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)*.


Sekian, terima kasih.


*“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”*

*“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”*

*“JPN SELANGOR TERBILANG”*



๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน

Thursday, June 3, 2021

BADAN IHSAN SELANGOR - permohonan keahlian

 Assalamualaikum..

Untuk AHLI BADAN IHSAN SELANGOR yang akan bersara pada tahun 2021 dan berhajat untuk menjadi ahli seumur hidup.

✅PERMOHONAN KEAHLIAN SEUMUR HIDUP.

✍️permohonan perlu diisi 3 BULAN SEBELUM TARIKH PERSARAAN.

Applikasi ini boleh diakses secara talian di pautan Jabatan Pendidikan Selangor di alamat

http://geraksel.moe.gov.my/badanihsan/

✍️Bayaran keahlian seumur hidup adalah sebanyak RM300 dan boleh bank in ke akaun bank  BADAN IHSAN ANGGOTA JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR

No.akaun 562106106244 (MAYBANK)

✍️Hantar slip bayaran melalui email atau hardcopy ke 

1) UPI PPDPP  ( pekdisdbadanihsanppdpp@gmail.com )

Dan

2) SPI JPN Selangor ( badanihsanselangor@gmail.com )


PS :

Isi juga borang dibawah beserta slip pembayaran,dan hantar kepada ustz siti najibah untuk simpanan fail badan ihsan sekolah.

klik untuk dapatkan salinan borang 

Friday, March 26, 2021

MAJLIS PERPISAHAN DAN PERSARAAN

     Semoga Pn Chong Ah Hiong, En Wan Jasmeen Wan Ali dan Pn Azian Azuar dikurniakan kesihatan yang baik , dimurahkan rezeki dan bahagia sentiasa..




Saturday, March 20, 2021

KEHILANGAN : CIKGU MAZLAN BIN HASHIM







Innalillahiwainnailaihirojiun , Dengan dukacitanya, dimaklumkan bahawa sekolah telah kehilangan seorang guru yang sangat komited dan berwibawa, Cikgu Mazlan Bin Hashim yang didapati meninggal dalam tidur di rumahnya.

Pemergian Cgu Mazlan Hashim memeranjatkan seluruh warga SMK Subang.. Suatu kehilangan yg besar buat semua.. Beliau adalah seorang  yang banyak berbakti kpd dunia pendidikan. Namun itulah ketentuanNya.. 

Kami redha ya Allah. 


Marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, moga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. InsyaaAllah











Friday, March 5, 2021

Berpindah / Naik pangkat

 Tahniah kepada guru - guru berikut yang dapat berpindah / naik pangkat..






LADAP GURU PINTAR AI:TRANSFORMASI PDP ERA DIGITAL

  LADAP GURU PINTAR AI:TRANSFORMASI  PDP ERA DIGITAL 26 SEPTEMBER 2026 8.00PAGI-1.00 T/HARI DEWAN IBNU SINAR SMK SUBANG