PELAKSANAAN KAJIAN KEPERLUAN LATIHAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DI KPM TAHUN 2021*
YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan,
2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Profesionalisme Guru (BPG) akan melaksanakan Kajian Keperluan Latihan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di KPM. Kajian ini bertujuan memperkasa profesionalisme keguruan secara terancang dan berterusan melalui Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Berstruktur agar dapat melestarikan kualiti guru selari dengan Anjakan 4 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
3. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini dengan sukacitanya menjemput *semua PPP* daripada Bahagian/Jabatan YBhg. Datuk/Dato’/Dr./tuan/ puan untuk menyertai kajian keperluan latihan ini dengan melengkapkan soal selidik secara dalam talian melalui pautan https://shorturl.at/kvMNX *mulai *4 hingga 15 Oktober 2021*. Kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan adalah dimohon untuk *memanjangkan perkara ini kepada Agensi/Institut Pendidikan (Sekolah/Kolej) di bawah seliaan* Bahagian/Jabatan masing-masing.
4. Kerjasama dan sokongan YBhg. Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan berikan dalam menjayakan perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian.
*Unit Perancangan Pembangunan Keguruan*
*Bahagian Profesionalisme Guru*