Kepada:
Ibu bapa/ penjaga murid-murid SMK Subang
MAKLUMAN SESI PEMBELAJARAN BERMULA 14 JUN 2021
1. Sehubungan dengan Sidang Media yang diberikan oleh Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan bertarikh 6 Jun 2021, Sesi Persekolahan bagi tingkatan Peralihan, 1, 2, 3, 4 dan 5 yang akan bermula pada 14 Jun 2021 sehingga 17 Julai 2021 ( 25 hari) akan diadakan secara PdPR. Sesi pembelajaran akan dijalankan secara atas atau luar luar talian melalui pelbagaimedium penyampaian seperti aplikasi Google Classroom, Google Meet, Microsoft Teems, pautan web, Whatsapp, Telegram atau pun SMS.
2. Sila rujuk Jadual PdPR yang disertakan. Pada setiap hari, sesipembelajaran akan diikuti oleh sesi tutorial, di mana murid akandiberi masa untuk menyiapkan tugasan dan pada masa yang sama, murid-murid boleh bertanya kepada guru mata pelajaranmasing-masing bagi setiap masalah yang dihadapi.
3. Sekiranya PdPR dijalankan secara Google Meet/ Microsoft Teems, murid-murid diminta membuka kamera agar sesipembelajaran dan Pentaksiran Bilik darjah (PBD) dapatdilaksanakan secara berkesan. Sila pastikan anak-anakmenghadiri PdPR ini kerana PBD bagi setiap murid akan dinilaisemasa PdPR.
4. Link untuk kelas dalam talian atau tugasan luar talian akandiberikan melalui Whatsapp/ Telegram kelas.
5. Ibu bapa diminta menyediakan peralatan yang diperlukan dan memastikan anak-anak bangun awal seperti biasa dan siapsebelum jam 8.00 pagi bagi memulakan pembelajaran bersamaguru. Kerjasama semua ibu bapa amat diharapkan bagimemastikan anak-anak mengikuti kelas PdPR yang dijalankan oleh guru-guru demi kecemerlangan anak masing-masing.
6. Sesi Pembelajaran secara PdPR akan tamat pada16 Julai 2021 dan diikuti dengan Cuti Pertengahan Penggal selama satuminggu sehingga 25 Julai 2021. Seminggu sebelum cutipertengahan penggal tamat, Kementerian Pendidikan Malaysia akan membuat pengumuman mengenai Sesi Pembelajaran yang seterusnya. Ibu bapa/ penjaga diminta merujuk kepadaKenyataan Media yang akan diberikan.
7. Pihak sekolah juga berharap agar semua murid dapatmenggunakan masa yang terluang dengan mengulangkajipelajaran serta membuat latihan sama ada menggunakan bukuteks, buku rujukan, modul, buku kerja atau pun secara atastalian.
8. Buku Teks Secara Digital boleh diakses melalui:
atau melalui Play Store/ Apple App Store
9. Pihak sekolah amat berharap agar semua ibu bapa/ penjagadapat memantau kerja buat anak masing-masing agar masa yang ada dapat digunakan sebaik yang mungkin bagi kecemerlanganakademik anak-anak dan pada masa yang sama, kesihatanfizikal dan emosi anak-anak diberi keutamaan.
Terima kasih di atas keprihatinan dan kerjasama semua pihak.
#StayHomeStaySafe
#KitaJagaKita
#TeguhKitaMenangBersama
#SMKSHebatBermartabat
No comments:
Post a Comment