Tuesday, September 15, 2026

LADAP PEMBANGUNAN KOMPETENSI GURU-GURU SMK SUBANG 2026














 

LADAP Pembangunan Kompetensi Guru-Guru SMK Subang Tahun 2026

12 September 2026 | Sabtu

SMK Subang telah menganjurkan LADAP Pembangunan Kompetensi Guru-Guru SMK Subang Tahun 2026 – Bengkel 1: Pemerkasaan Pedagogi: Memacu Kualiti Pembelajaran pada 12 September 2026 (Sabtu).

Program ini merupakan salah satu inisiatif berterusan pihak sekolah dalam memperkasa kompetensi dan profesionalisme guru selaras dengan usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Bertemakan “Memperkasa Guru, Memacu Kualiti Pendidikan”, program ini memberi ruang kepada para guru untuk berkongsi ilmu, bertukar pandangan serta memperkukuh amalan pedagogi yang berkesan.

Bengkel telah dilaksanakan mengikut panitia mata pelajaran yang melibatkan Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, Sains, Bahasa Inggeris serta lain-lain mata pelajaran. Setiap panitia menjalankan aktiviti dan perbincangan yang bersesuaian dengan keperluan pengajaran serta pembelajaran mata pelajaran masing-masing.

Program dimulakan dengan pendaftaran dan sarapan pagi sebelum guru-guru mengikuti sesi LADAP mengikut panitia masing-masing. Aktiviti diteruskan sehingga tengah hari dan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.

Pelaksanaan LADAP ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kreativiti guru dalam merancang serta melaksanakan PdP yang lebih berkesan, inovatif dan berimpak tinggi kepada murid.

Semoga usaha yang dilaksanakan ini terus menyokong aspirasi sekolah dalam melahirkan guru berkualiti, murid berkarakter serta generasi yang cemerlang dan Madani.

“Ilmu Melonjakkan Profesionalisme”
“Bersama Melangkah, Cemerlang Gemilang!”

No comments:

Post a Comment

LADAP GURU PINTAR AI:TRANSFORMASI PDP ERA DIGITAL

  LADAP GURU PINTAR AI:TRANSFORMASI  PDP ERA DIGITAL 26 SEPTEMBER 2026 8.00PAGI-1.00 T/HARI DEWAN IBNU SINAR SMK SUBANG