Kepada murid /ibu/bapa /penjaga SMK Subang
1.Dimaklumkan bermula tahun 2021, maklumat bahan bacaan murid melalui Program NILAM perlu diisi ke SISTEM IQ-NILAM yang disediakan oleh Bahagian Sumber Teknologi dan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
2. Sehubungan dengan itu, semua murid adalah terlibat merekodkan bacaan mereka dalam sistem IQ NILAM
3. Selepas murid membaca bahan bacaan (buku/bukan buku), murid perlu merekodkan bahan bacaan tersebut dalam sistem IQ NILAM yang boleh diakses melalui laman sesawang
4.Sistem perekodan ini diisi oleh murid dengan menggunakan Id DELIMA.
* (boleh rujuk dengan guru kelas masing-masing)
5. Dikongsikan link tutorial panduan untuk murid, guru dan ibu bapa bagi mengisi maklumat bacaan NILAM murid ke SISTEM IQ NILAM, KPM.
6. Semoga sistem IQ NILAM ini dapat meningkatkan kelancaran pelaksanaan Program NILAM di sekolah seterusnya melestarikan budaya membaca dalam kalangan murid.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment