Friday, February 19, 2021

PENGISIAN DATA BACAAN MURID MELALUI SISTEM IQ-NILAM

 Kepada murid /ibu/bapa /penjaga 

SMK Subang

PENGISIAN DATA BACAAN MURID MELALUI SISTEM IQ-NILAM

1.Dimaklumkan bermula tahun 2021, maklumat bahan bacaan murid melalui Program NILAM perlu diisi ke SISTEM IQ-NILAM yang disediakan oleh Bahagian Sumber Teknologi dan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Sehubungan dengan itu, semua murid adalah terlibat merekodkan bacaan mereka dalam sistem IQ NILAM

3. Selepas murid membaca bahan bacaan (buku/bukan buku), murid perlu merekodkan bahan bacaan tersebut dalam sistem IQ NILAM yang boleh diakses melalui laman sesawang 

https://iqnilam.moe.gov.my/

4.Sistem perekodan ini diisi oleh murid dengan menggunakan Id DELIMA.

* (boleh rujuk dengan guru kelas masing-masing)

5. Dikongsikan link tutorial   panduan  untuk murid, guru dan ibu bapa bagi mengisi maklumat bacaan NILAM murid ke SISTEM IQ NILAM, KPM.

https://youtu.be/KV15ZtZE2cA

https://youtu.be/u2p49nmf96I

https://youtu.be/t2aoLtQxLjE

6. Semoga sistem IQ NILAM ini dapat meningkatkan kelancaran pelaksanaan Program NILAM di sekolah seterusnya melestarikan budaya membaca dalam kalangan murid.



No comments:

Post a Comment

LADAP GURU PINTAR AI:TRANSFORMASI PDP ERA DIGITAL

  LADAP GURU PINTAR AI:TRANSFORMASI  PDP ERA DIGITAL 26 SEPTEMBER 2026 8.00PAGI-1.00 T/HARI DEWAN IBNU SINAR SMK SUBANG