Thursday, July 15, 2021

GARIS PANDUAN PROSES LAPOR DIRI PENEMPATAN PERTUKARAN GURU KE NEGERI SELANGOR SESI 26 JULA

*GARIS PANDUAN PROSES LAPOR DIRI PENEMPATAN PERTUKARAN GURU KE NEGERI SELANGOR SESI 26 JULAI 2021* ๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน


Berdasarkan pemakluman terkini berdasarkan situasi pendemik COVID-19, Negeri Selangor telah dikenakan *Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)* bermula *3 Julai 2021 (Sabtu)*. Oleh yang demikian, proses penempatan pertukaran guru masuk ke negeri Selangor adalah seperti berikut:


1.  Mod utama *LAPOR DIRI* ke sekolah dalam tempoh *Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)* adalah secara *DALAM TALIAN ( MELALUI GMEET-Video Conferencing / PANGGILAN TELEFON) DAN E-MEL*. 


2.  Guru perlu *dapatkan kebenaran daripada PDRM* untuk rentas negeri bagi memenuhi keperluan untuk berada di stesen yang baharu. Sebarang pindaan atau perubahan adalah di bawah bidang kuasa PDRM. Oleh yang demikian, *sebarang risiko yang diambil adalah di luar bidang kuasa atau tanggungjawab JPN / PPD*.


3.  Guru-guru dikehendaki *menghubungi Ketua Jabatan / Pengetua sekolah baharu* untuk memaklumkan bahawa guru lapor diri pada *26 JULAI 2021*.


4.  Guru-guru hendaklah melaporkan kepada *KETUA JABATAN /PENGETUA* keberadaan guru sama ada berada *DI STESEN / LUAR STESEN* bagi tujuan rekod dan maklumat sehingga tempoh *PKPD TAMAT*.


5.  *KETUA JABATAN /PENGETUA* bertanggungjawab akan *KEBERADAAN GURU*. Oleh yang demikian, sekiranya guru berada di *LUAR STESEN, KETUA JABATAN / PENGETUA* hendaklah mengeluarkan surat pemakluman kepada guru terbabit untuk *KEMBALI KE STESEN* setelah tamat tempoh PKPD. (Sebarang pindaan tertakluk kepada arahan dari semasa ke semasa).


6.  Sebarang pergerakan guru hendaklah *mematuhi segala peraturan dan pemakluman Majlis Keselamatan Negara (MKN)*. 


7.  Pengetua hendaklah membuat *Pengesahan Lapor Diri Guru Pertukaran di dalam MPG-2 (eOperasi)* bermula *26 Julai 2021* menandakan guru telah mendaftar dan boleh *diberikan tugasan untuk menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)*.


Sekian, terima kasih.


*“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”*

*“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”*

*“JPN SELANGOR TERBILANG”*



๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน

No comments:

Post a Comment

LADAP GURU PINTAR AI:TRANSFORMASI PDP ERA DIGITAL

  LADAP GURU PINTAR AI:TRANSFORMASI  PDP ERA DIGITAL 26 SEPTEMBER 2026 8.00PAGI-1.00 T/HARI DEWAN IBNU SINAR SMK SUBANG