Thursday, July 8, 2021

PENGESAHAN MAKLUMAT GURU DAN AKP SERTA PENGESAHAN OLEH PENGETUA/GURU BESAR DALAM E-OPERASI : SEBELUM 15 Julai 2021

*PENGESAHAN MAKLUMAT GURU DAN AKP SERTA PENGESAHAN OLEH PENGETUA/GURU BESAR DALAM E-OPERASI BAGI SESI JULAI 2021*


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


Tuan, 


Untuk makluman, *Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM* telah mengosongkan bahagian pengesahan maklumat guru pada menu Maklumat Peribadi dalam e-Operasi.


Justeru,  semua guru dan AKP di sekolah diminta untuk menyemak dan memastikan semua maklumat dalam e-Operasi adalah benar, tepat dan terkini berdasarkan *Surat Penetapan Prosedur Pengemaskinian dan Verifikasi Data Guru Dalam Modul Pengurusan Guru (e-Operasi) Bagi Tahun 2021* yang bertarikh *3 Februari 2021* yang telah dipanjangkan oleh JPN kepada PPD melalui surat bertarikh *11 Feb 2021* sebelum mengesahkan maklumat mereka. 


Untuk semakan dan pengesahan bulan Julai ini dicadangkan supaya memberi lebih perhatian kepada ;


1. *Maklumat Sejarah Perkhidmatan* (kerana ada maklumat yang dinyatakan tidak lengkap) 


2. *Sejarah Pengalaman Mengajar.*


3. Maklumat perubahan GRED Jawatan. 


Semua Guru/AKP diminta menyelesaikan proses pengesahan data masing2 sebelum atau selewat-lewatnya *15 Julai 2021*.


Kerjasama dan tindakan tuan amat diharapkan dan dihargai.


Sekian, terima kasih.


*"JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR TERBILANG"*

*“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”*

*“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”*


Sektor Pengurusan Sekolah

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor



** Tambahan 


UNTUK MAKLUMAN SEMUA GURU: 


1) EJAAN NAMA GURU DALAM EOPERASI PERLU SAMA DENGAN KAD PENGENALAN GURU


2) MAKLUMAT PERKHIDMATAN


Tarikh Lantikan Jawatan Semasa = tarikh lantik jawatan sebagai Guru Akademik Biasa/GKMP/Penolong Kanan/Pengetua (bergantung kepada jawatan semasa) ikut surat lantikan.


Tarikh Kenaikan Pangkat Semasa = tarikh masuk/naik gred terkini-ikut surat

No comments:

Post a Comment

LADAP GURU PINTAR AI:TRANSFORMASI PDP ERA DIGITAL

  LADAP GURU PINTAR AI:TRANSFORMASI  PDP ERA DIGITAL 26 SEPTEMBER 2026 8.00PAGI-1.00 T/HARI DEWAN IBNU SINAR SMK SUBANG